Keselamatan dan persoalan berkait Kegiatan_seks_manusia

Terdapat empat jenis risiko yang utama dalam kegiatan seks, iaitu:

  • memilih untuk mempercayai seorang pasangan yang berisiko secara fizikal
  • penyakit jantina
  • kehamilan yang tidak dikehendaki
  • mencari atau melakukan kegiatan yang tidak dibenarkan di sisi undang-undang atau dari segi kebudayaan.

Risiko-risiko tersebut ditingkatkan oleh sebarang keadaan (buat sementara atau tetap) yang menjejaskan daya pertimbangan seseorang, umpamanya alkohol berketerlaluan atau drug, atau keadaan emosi seperti kesunyian, kemurungan atau euforia (rasa sangat gembira, misalnya pelajar baru di kolej). Kegiatan yang dipertimbangkan dengan telita akan mengurangkan kesemua persoalan ini dengan ketara.

Penyakit kelamin

Tingkah laku seks yang melibatkan sentuhan dengan orang lain atau bendalir tubuh orang lain membabitkan setakat risiko jangkitan penyakit kelamin.

Disebabkan oleh kebimbangan kesihatan yang diakibatkan oleh HIV/AIDS, klamidia, sifilis, gonorea, HPV dan jangkitan-jangkitan penyakit jantina yang lain, sesetengah orang mungkin memerlukan bakal pasangan seksnya diuji untuk jangkitan penyakit jantina sebelum melakukan persetubuhan. Teknik tersebut umumnya tidak dianggap perlu bagi mereka yang bersetubuh dengan pasangan dalam hubungan monogami atau poliamori yang setia yang telah menunjukkan diri sebagai bebas daripada penyakit kelamin; sila lihat pengikatan bendalir.

Kehamilan yang tak dikehendaki

Tingkah laku seks yang melibatkan sentuhan air mani pada faraj atau vulva mungkin akan menyebabkan kehamilan. Untuk mencegah kehamilan, banyak orang mempergunakan berbagai-bagai jenis kawalan kelahiran. Kaedah-kaedah yang paling umum termasuk kondom, spermisid, pil kawalan kelahiran, dan pemandulan.

Pertimbangan terjejas

Drug rekreasi seringnya digunakan dalam persekitaran sosial kerana dipercayai mempertingkatkan komunikasi antara perorangan. Contoh-contoh drug rekreasi yang umum termasuk alkohol, kanabis, kafeina dan nikotin.

  • Alkohol kekadang dipanggil "pelincir sosial" kerana ia menggurangkan kesekatlakuan, termasuk kesekatlakuan yang disebabkan oleh ketakutan akan penolakan. Bagaimanapun pada waktu yang sama, alkohol juga boleh menjejaskan daya pertimbangan dan menyebabkan seseorang kurang peka kepada isyarat-isyarat tersirat yang boleh mengakibatkan komunikasi yang kurang berkesan. Lebih penting lagi, pertimbangan terjejas boleh menyebabkan keputusan yang buruk tentang persetubuhan, seperti melakukan persetubuhan tak selamat. Kesekatlakuan emosi seperti keganasan juga terjejas, dan penggunaan/penarikan yang berterusan boleh mengakibatkan delusi paranoid (sila lihat sindrom Othello).
  • Kanabis boleh meningkatkan penikmatan kelucuan dan seni yang mungkin boleh memperbaik komunikasi. Tetapi pada waktu yang sama, ia boleh menyebabkan seseorang mengkaji diri dan oleh itu, cenderung tidak suka berkomunikasi.
  • Kafeina dan nikotin ialah perangsang. Perangsang yang termasuk amfetamina and kokaina berupaya meningkatkan kewaspadaan dan memperbaik perhatian dan oleh itu, ia boleh memperbaik keupayaan seseorang untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Akan tetapi pada masa yang sama, perspektif masa untuk tindakan-tindakan terancang disingkatkan mengikut jumlah perangsang buatan yang digunakan. Pertimbangan yang terjejas terhadap perkara-perkara yang berkait dengan stamina (amfetamin), atau kebimbangan/ketakutan (kafeina/amfetamin) boleh mengakibatkan tingkah laku yang berbahaya, seperti persetubuhan tak terlindung, penunjuk-nunjukan semasa bersetubuh, atau tingkah laku yang meletihkan seperti maraton seks. Kesekatlakuan keganasan juga terjejas. Penggunaan perangsang secara berterusan juga boleh mengakibatkan paranoia, khususnya di kalangan mereka yang muda kena psikosis reaktif singkat.

Penggunaan drug rekreasi seringnya disebut sebagai suatu faktor risiko terhadap masalah kesihatan, termasuk penyakit jantina, ketagihan, kecacatan lahir, penyakit jantung, barah, serta penyakit hati, antara lain.

Kebanyakan drug psikoaktif yang mempengaruhi bidang seks dan komunikasi tingkah laku manusia juga mempengaruhi sistem neuroendokrin, dan boleh mempengaruhi aras-aras hormon dan neurohormon yang mengawal tingkah laku naluri, penyusuan, dan sebagainya. Sila lihat psikiatri dan endokrinologi untuk maklumat terperinci.